13 March 2010




 

Kisah ini datang dari lubuk hati aku sendiri, apa
yang aku rasa dan apa yang aku alami sendiri.aku
tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi tanpa mengingkari
apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada aku dan
kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini
aku khabarkan agar apa yang aku lalui tidak berlalu
begitu saja tanpa aku kongsi dan saya rekodkan
sebagai panduan bagi diri aku sendiri untuk hari-hari
kemudian.

aku sama seperti orang lain, punya keinginan untuk
menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak
mudah bagi aku untuk jatuh hati pada seorang wanita.
aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup aku hingga ke akhir hayat aku. Seorang yang
boleh mengingatkan saya kiranya aku terlupa, dan yang
paling penting wanita yang amat aku percayai untuk
mendidik anak-anak aku kelak. Untuk itu, sejak
di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup
aku, dan dialah orangnya.

aku mula mengenali si dia apabila kami sama-sama
terpilih untuk menhadari sebuah seminar penting
di bawah anjuran kelab di sekolah kami.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia telah
menjadi salah seorng dari kumpulan kami. Dari situlah perkenalan kami
bermula.

Dia seperti yang telah aku ceritakan, bertudung labuh
dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya. Itulah perkara pertama yang
membuatkan aku tertarik padanya. Dia amat
berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,
bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang
sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak
pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat
sukar kedengaran dalam perbincangan kami kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum
itu.


aku
tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia
punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa
dipanjangkan-panjangkan. aku seorang yang amat kuat
bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual
seperti kata teman aku, tetapi dengan dia aku
menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi aku,
itulah wajah sebenar seorang wanita. Dia mampu
mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,
tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir aku di sana,aku punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum aku
melepaskan tugas saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
aku mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia.
aku bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa
bertugas di samping aku untuk waktu yang amat sekejap
itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan
dari situlah aku mula mengenali dengan lebih dalam
siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang
memang boleh aku nampak dengan jelas, dia amat pemalu
dan dia amat kekok semasa bercakap dengan aku. Di situlah aku mula menyimpan
perasaan, tapi tidak pernah aku zahirkan sehinggalah
akuberada jauh daripadanya

Dipendekkan cerita Setelah aku tamat sekolahan pada 2006.
aku terus terputus hubungan dengan nya.tiap kali aku call
Mesti peti meil suara yang jawab.Dalam fikiran aku mungkin dia bukan untuk aku..


Semasa aku berada sebuah kolej (peneng),aku ada terbaca satu blog yang jalan ceritanya macam pernah aku lalui dan pada awalnya aku menggangap ianya adalah satu kebetulan.semenjak dari itu aku selalu jugak berhubung melalui blogger nya dan alhamdulillah...aku menerima respon yang baik.dan dari situ jugak la aku mula bertanya kan hal-hal yang berkait rapat dengan peribadinya.rupa-rupanya memang dia orang yang aku cari selama ini.dia sekarang ni adalah salah seorang nurse salah sebuah hospital kerajaan(kedah)






Pada awal aku sem3 di kolej,pertama kali aku mengajaknya keluar untuk bersua muka dengan nya.pada mulanya amat sukar untuk dia menerima pelawaan aku.lama-kelamaan akhirnya terbuka jugak hati nya untuk barjumpa dengan aku.alhamdulilah ini semua ketentuan Allah.
Setelah setuju untuk berjumpa aku telah mencadangkan beberapa tempat menarik di kawasan peneng.tapi malang nya dia takut untuk datang ke peneng tambahan pula dia tidak menpunyai sedara-mara disini dan jarak sg petani ke peneng boleh tahan jauh.
Jadi kami mengambil keputusan untuk berjumpa di jusco perda..

Pada hari yang telah di janjikan aku datang lambat 1jam.maklum la kesesakan lalu lintas dan aku terpaska 2kali tukar bas untuk sampai kesana.pada masa itu dalam kepala aku terpikir mungkin dia menggangap aku saja nak permain kan nya.

Tepat pukul 2 petang aku sampai di jusco perda.dalam hati aku penuh rasa celaru,mungkin kah dia sudah pergi..
Aku pun sudah tidak tahu apa yang patut aku lakukan.jadi aku ternapak satu kerusi kosong yang berhampiran pintu keluar jusco lalu aku duduk di situ sambil memikirkan apa alasan yang patut aku berikan pada nya.

Tidak lama kemudian telefon aku berbunyi dan aku dapati panggilan dari nya.aku dengan penuh rasa bersalah aku terus jawab dan aku terus bagi alasan aku kenapa aku lambat sampai.alhamdulillah...dia terima alasan aku.kini tiba saat-saat yang aku nanti kan untuk melihat sendiri wajahnya di depan mataku.aku berhasrat untuk tunggu saja di situ dan tunggu dia datang.5minit kemudian dia sampai betul-betul depan aku.pada mula nya aku sungguh tidak menyangka dia di depan aku.lalu dia menegur aku...alangkah terkejutnya aku.apabila aku melihat wajah nya aku jadi macan hilang igatan dah xthu apa yang aku akan buat lalu aku berdiam dan tunduk kepala kebawah untuk meredakan sedikit darah gemuruh aku.jantung aku berdeyut bagaikan nak pecah dada.pada masa itu aku tidak tahu apa yang dia yang bicara dengan aku tiba-tiba dia mengajak aku naik ketingkat atas lalu aku turut kan saja.samasa berjalan dalam fikiran aku asyik terpikir dia memang bukan untuk aku.


Semasa kami berjalan aku hanya berdiam diri.kepala aku kosong masing-masing berdiam,aku ada jugak nak bertanya
Soalan tapi lidah aku takterkeluar ,jadi kami berjalan saja dia di hadapan dan mengikutnya di bahagian belakang.

Dia memenag cantik dengan berpakaian baju lenggan panjang
Dan berseluar.kulitnya putih,wajahnya memang jernih,tingginya pula lebih kurang tinggi bahu aku.dalam hati aku sekira aku dapat jadikan dia ni sebagai suri hidup aku.aku dapat rasakan aku la orang yang paling beruntung dalam dunia ni..


Sudah lama kami berjalan lalu dia menbawa aku satu tempat makan lalu kami duduk satu meja di bahagia tepi kedai tersebut,semasa kami duduk bersama di meja tersebut darah gemuruh sudah semakin reda sedikit.dan pada itu jugak aku dah mula boleh berbual-bual dengan nya perasaan takut itu tadi dah mula hilang sedikit demi sedikit.
Topik yang pertama kami bualkan adalah pasal kenangan zaman persekolahan banyak peristiwa manis pada masa itu.

Sudah lama kami berbual sedar tak sedar jam di tangan dah dekat pukul4 tambahan pula aku belum lagi menunai kan solat zohor jadi aku meminta diri untuk beredar untuk menunaikan solat.setelah selesai aku menbayar harga makanan
Aku terus menuju ke surau dalam pasaraya tersebut......






Bersambung,,,J












0 Comments:

Post a Comment