12 April 2010

Nota: Cerita ini mengolahkan suatu peristiwa diantara seorang bapa dan anaknya, mari kita memerhatikannya.


Ada satu ketika kan sekumpulan manusia nie dia kan nak mula korban binatang, pastu ada la anak kecil ni tanya pada abahnya "abah, abah.. sembelih nie untuk apa ye?" abah dia jawab, "sembelih ini sedekah dik, untuk makanan orang-orang miskin", anak tu jawab "oo.. jadi sembelih nie, kasi tolong dekat orang-orang miskin ye, ke abah?", melihat anak lelaki dia menanya, dia pun jawab "begini nak, bukan darah sembelih itu dianugerahkan dekat Allah taala, tapi amalan menyembelih cara Islam itu yang sampai ke langit, dan ia akan jadi suatu ibadah dimana kita akan diberi pahala, pahala itu berguna pada masa dimana harta dan anak-anak kita sudah tiada..", anak tu jawab balik "macam tu, jadi maksudnya.. yang sampai dekat Tuhan tu bukan suatu yang boleh dilihat ye?" Abahnya tersenyum, dan berkata "betul nak.. kita tak dapat lihat semua itu, tapi kita berharap yang pahala kita itu sampai kepada Allah taala, sebagai pahala yang abadi..", anak tu terfikir sekejap, dan bertanya "pahala abadi?", bapa tu lihat kat anak tu, "banyak lagi yang kamu tak paham, akan tetapi, pahala abadi itu suatu jenis pahala yang tetap akan memperbanyakkan dirinya disebabkan beberapa perkara, terutamanya bila pahala tersebut adalah dilakukan secara telus dan ikhlas kerana Allah taala." Anak tu terpegun, dia pun tanya, "kenapa begitu pula?" Ayah dia jawab, sebab Allah taala menitik berat tentang amalan yang dilakukan secara betul dan ikhlas.

0 Comments:

Post a Comment